`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Sunday, November 29, 2026

Khir Toyo aset atau beban Wawasan pikat pengundi Selangor?

 Pelantikan Khir Toyo sebagai ketua penaja Wawasan Tanjong Karang dilihat usaha parti itu mengembangkan pengaruh melalui jaringan bekas pemimpin Umno dan Bersatu.

khir toyo ketua penaja tanjong
Khir Toyo menerima watikah pelantikan sebagai ketua penaja Wawasan Tanjong Karang daripada Hamzah Zainudin pada 27 Nov lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Rekod pentadbiran Khir Toyo ketika menjadi menteri besar Selangor berpotensi menjadi cabaran kepada Parti Wawasan Negara (Wawasan) dalam usaha memikat pengundi, kata penganalisis.
Tawfiq Yaakub
Tawfik Yaakub.

Tawfik Yaakub daripada Universiti Malaya berkata, pelantikan Khir sebagai ketua penaja Wawasan Tanjong Karang menunjukkan usaha parti itu mengembangkan pengaruh di Selangor dengan memanfaatkan pengalaman dan jaringan bekas pemimpin Umno serta Bersatu.

Bagaimanapun, katanya, penyertaan tokoh politik lama tidak semestinya menjamin sokongan akar umbi, apatah lagi jika Wawasan gagal menawarkan pembaharuan politik.

“Wawasan juga berdepan persoalan sama ada parti itu benar-benar menawarkan pembaharuan politik atau sekadar menyediakan ruang kepada bekas pemimpin meneruskan kelangsungan kerjaya politik masing-masing,” katanya kepada FMT.

Pada 27 Nov lalu, Khir mengesahkan pelantikannya selepas menerima watikah rasmi daripada Presiden Wawasan, Hamzah Zainudin. Beliau menyifatkan jawatan itu sebagai amanah besar untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Tawfik berkata, pengalaman lapan tahun Khir menerajui Selangor perlu dinilai berdasarkan rekod pentadbiran, integriti dan legasi kepimpinannya, bukan tempoh perkhidmatan semata-mata.

Katanya, kekuatan Wawasan tidak boleh diukur berdasarkan jumlah bekas pemimpin yang menyertainya, sebaliknya keupayaan membina keahlian, menggerakkan jentera dan menawarkan agenda politik berbeza.

Khir sebelum ini meninggalkan Bersatu untuk menyertai Wawasan, lebih setahun selepas menyertai parti pimpinan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin itu.

Bekas Adun Sungai Panjang selama tiga penggal itu mendakwa, Bersatu kehilangan hala tuju dan sering dibelenggu perbalahan dalaman.

Beliau menjadi menteri besar Selangor dari 2000 hingga 2008. Pada PRU15, Khir cuba kembali bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar, namun Barisan Nasional memilih Jamal Yunos sebagai calon.

Mazlan Ali
Mazlan Ali.

Sementara itu, Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata, kemasukan Khir boleh memberi nilai tambah kepada Wawasan dan mengukuhkan kedudukan Perikatan Nasional (PN) khususnya di kawasan majoriti Melayu.

Katanya, Wawasan boleh membantu PN menarik pengundi Melayu tradisional, termasuk di kawasan yang pernah menjadi kubu Umno, menerusi penyertaan bekas pemimpin Bersatu dan tokoh berpengalaman.

“Strategi melantik tokoh seperti Khir dilihat berkesan kerana beliau pernah menjadi menteri besar selama lapan tahun dan masih mempunyai pengaruh serta dihormati sebahagian rakyat, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Mazlan berkata, pengalaman dan jaringan Khir boleh dimanfaatkan di kawasan strategik seperti Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Beliau turut berpandangan, kontroversi dan kes mahkamah lampau tidak semestinya menghapuskan pengaruh seseorang pemimpin, sambil memberi contoh bekas perdana menteri Najib Razak yang masih mendapat sokongan sebahagian masyarakat Melayu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.