Beliau juga difahamkan bahawa beliau tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat Exco hari ini.
Ganabatirau ketika diserbu pemberita menjelaskan bahawa beliau menerima panggilan dari dewan SUK malam tadi dan dimaklumkan bahawa dia dipecat dari jawatan Exco dan tidak lagi dibenarkan memasuki pejabat SUK hari ini.
“Saya menerima panggilan dari dewan pada jam 9 malam bagi memaklumkan saya telah dipecat sebagai Exco dan tidak dibenarkan memasuki pejabat mulai hari,” katanya sewaktu ditemui media di lobi SUK hari ini.
Namun katanya beliau hadir ke pejabat bagi menyelesaikan kertas kerja dan beberapa urusan yang tertangguh di bawah pengurusannya.
“Saya juga difahamkan bahawa saya tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat Exco hari ini.
“Saya datang hari ini sebab ada paperwork yang belum settle lagi,” katanya lagi yang tiba di perkarangan pejabat SUK kira kira pukul 9.20 pagi tadi.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.