`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, August 31, 2014

Mesej kemerdekaan – Dr Mujahid Yusof Rawa



Kemerdekaan adalah membebaskan diri dari segala bentuk ikatan dan pembelengguan.
Lazimnya kemerdekaan dikaitkan dengan bebas daripada penjajahan, walaupun hakikatnya kemerdekaan juga bererti merdeka dari segala yang meruntun kita untuk merosakkan kita.
Sebagai rakyat Malaysia kita berbangga saat kita bebas daripada penjajah dan kita diberi kuasa untuk menentukan masa depan negara ini.
Kita harus bebas dari beberapa perkara untuk kita menjadi negara yang benar-benar merdeka:
1. Bebas dari ikatan agama yang sempit dari amalan dan contoh yang memburukkan nama agama seperti bersikap melampau dan mengganas atas nama agama. Menimbulkan kebencian sesama penganut agama lain atas nama agama. Bersikap hidup tanpa panduan agama atau sekadar merasionalkan agama untuk menyembah akal juga adalah penjajahan.
2. Perkauman sempit juga adalah penjajahan kepada minda sesuatu bangsa untuk maju. Tiada salahnya kebanggaan kepada bangsa dan kaum, tetapi yang menghalang kemerdekaan hakiki adalah sikap rasisme yang mewajarkan kebencian dan perpecahan.
3. Pemimpin yang menjadikan rakyat hamba kepada keinginan mereka melalui rasuah dan agenda peribadi. Rakyat adalah pertaruhan kepada kehendak pemimpin sehingga rakyat hanyalah kepada mereka hamba yang boleh dijual beli.
Marilah kita laungkan "Merdeka!" dengan penuh kebanggaan dan marilah kita insafi, pada waktu yang sama bahawa perjalanan kemerdekaan kita belum sampai ke destinasinya, kemerdekaan kita belum beres.
Selamat menyambut hari kemerdekaan.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
* Penulis ialah ahli Parlimen Malaysia dan pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS. TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.