`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 22, 2016

“Kalau Beginilah Caranya Polis Trafik ‘Tembak’ Ikut Suka Hati… Kayalah!”



SEORANG pengguna Facebook, Muhammad Affandi Azmi, 27, meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ekoran mengenakan saman padanya di atas kesalahan yang tidak dilakukan.

Menerusi pautan yang dimuat naik di halaman Facebooknya, Affandi menyatakan dia telah didakwa memandu secara laju melebihi had laju ditetapkan pada 7 Februari 2016 di KM70 Jalan Alor Setar – Butterworth, dan atas kesalahan itu juga, dia telah dikenakan saman sebanyak RM150.



Terkejut dengan saman yang diterima, pada 29 Februari lalu, Affandi telah pergi ke Ibu Pejabat Balai Trafik Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah bagi membuat semakan semula dan mendapati kereta yang disaman adalah kereta yang berlainan daripada kereta yang dimilikinya.


Malah, nombor pendaftaran kenderaan yang disaman juga ternyata jauh berbeza dari nombor pendaftaran kereta Perodua Viva miliknya.

“Gambar kenderaan yang dirakam oleh pihak trafik Kuala Muda pada 7 Februari 2016 itu bukan milik saya. Nombor pendaftaran yang ditunjukkan dalam gambar adalah PKR 4209, tetapi bukan nombor pendaftaran saya, PKY 2309.

“Selain itu, kenderaan dan warna kenderaan yang ditunjukkan dalam gambar itu adalah kenderaan jenama yang berlainan,” katanya dalam surat rayuan meminta pembatalan notis saman yang dihantar pada Ketua Polis Daerah Kuala Muda pada 29 Februari lalu.

Bagaimanapun, maklum balas yang diberikan oleh balai berkenaan amat mengejutkan.

“Rayuan tidak diterima dan dikehendaki membayar mengikut kadar dalam sistem. Pembayaran saman boleh dibuat di mana-mana Kaunter Trafik yang berdekatan,” kata surat maklum balas itu.


Bagaimanapun, maklum balas yang diberikan oleh balai berkenaan amat mengejutkan.

“Rayuan tidak diterima dan dikehendaki membayar mengikut kadar dalam sistem. Pembayaran saman boleh dibuat di mana-mana Kaunter Trafik yang berdekatan,” kata surat maklum balas itu.


Memandangkan tiada cara lagi untuk pertahankan diri, Affandi memuat naik segala bukti termasuk surat dari balai berkenaan di laman Facebooknya yang sehingga kini,posting tersebut mendapat perkongsian lebih 1,300 di laman sosial sama.

“Tak tahu nak kata apa dah. Buang masa, buang duit. Kalian nilaikanlah sendiri. Dah buat rayuan, siap dengan bukti pun kena juga. Kalau beginilah caranya, ‘tembak’ ikut suka, kayalah jawabnya. Orang yang tak bersalah dihukum,” kata Affandi.-MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.