`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 22, 2016

Rayani Air Mengaku Miliki Hanya 2 Buah Pesawat Sahaja



KUALA LUMPUR, 22 Mac — Rayani Air menjelaskan bahawa syarikatnya terpaksa membatalkan atau melewatkan penerbangan akibat “masalah teknikal yang tidak dijangka”, dan tidak bertindak secara sengaja.

Menurut pengurus besar perhubungan awamnya Anisah Azharuddin, syarikat penerbangan patuh syariah itu cuma mempunyai dua pesawat untuk memberi perkhidmatan pada masa ini.

“Setiap pembatalan dan kelewatan adalah disebabkan masalah teknikal yang tidak dijangka. Kami bukan sengaja tidak tepati janji dengan membatalkan atau menyebabkan kelewatan penerbangan,” katanya dalam laporan portal mStar.

“Insiden yang berlaku di luar jangkaan. Setiap keputusan dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan, aspek terpenting sebelum menerbangkan pesawat.”

Anisah berkata bahawa ada penumpang yang diberi kemudahan makan minum dan penginapan, serta tuntutan bayaran selepas penerbangan mereka dibatalkan.



Minggu lepas, timbalan menteri hal ehwal Islam Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga telah mengkritik Rayani Air, sambil mengingatkannya bahawa aspek pematuhan syariah bukanlah berdasarkan pakaian pramugarinya sahaja.

Anisah menjelaskan bahawa cuma ada tiga prinsip asas patuh syariah Rayani Air: anak kapal beragama Islam menutup aurat dan bukan Islam berpakaian sopan, tiada alkohol dihidangkan, dan doa dibaca sebelum memulakan penerbangan.

Semalam, Kementerian Pengangkutan menegaskan bahawa Rayani Air mungkin akan berdepan penggantungan jika aduan pengguna terhadapnya berpanjangan.

Kementerian itu juga mengakui akan menyiasat aduan Rayani Air menggunakan sekeping kertas putih biasa bertulis tangan sebagai pas masuknya.

Pada hari Jumaat, wakil rakyat DAP Lau Weng San telah menunjukkan bagaimana syarikat penerbangan baharu itu memberikan pas masuk dengan sekadar menulis butiran penerbangan di atas secebis kertas putih.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.