`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 23, 2016

Saman PM: Mahathir Sedang Sabotaj Negara Sendiri

Image result for Dr M dan 2 lagi Saman NajibImage result for Dr M dan 2 lagi Saman Najib

Tindakan Tun Mahathir Mohamad mengemukakan saman ke atas Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak bukanlah kerana kepentingan awam tetapi atas kepentingan nafsu serakah kumpulannya sahaja.
Mahathir hari ini telah memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam. Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Jika kita baca saman yang dikemukakan ia hanyalah penuh andaian dan tuduhan yang langsung tidak bersandarkan “real facts”. Ia hanya bersandarkan laporan akhbar, majalah dan internet.
Tapi yang lebih serius untuk melayakkan Mahathir menyaman Perdana Menteri, beliau mestilah membuktikan dirinya merupakan mangsa atau pihak yang terbabit dalam pertikaian.
Kewajipan fidusiari ini ialah tanggungjawab seseorang kepada “client”, syarikat atau organisasi. Dalam konteks wang RM 2.6 bilion ini, Mahathir di mana? Hubungan Rakyat dan Perdana Menteri tidak pernah diterima sebagai hubungan antara pelanggan dan pemberi khidmat seperti mana dalam perniagaan, perundangan dan lain-lain profesyen.
Namun ia terserah kepada Mahkamah menentukan.
Apa yang jelas tindakan Mahathir ini adalah tindakan terdesak untuk menjatuhkan Mohd Najib. Sejarah kepimpinan Mahathir menunjukkan ketelusan, keadilan dan menegakkan undang-undang tanpa mengira kedudukan bukanlah keistimewaan dan pegangan Mahathir.
Ketika kerajaan berusaha keras menstabilkan keadaan ekonomi akibat kejatuhan harga minyak dan komoditi, Mahathir memilih untuk terus mewujudkan ketidakstabilan politik bagi mensabotaj usaha pemulihan ekonomi negara.
Hari ini ringgit telah melepasi paras RM 4 per USD, Mahathir memilih untuk mengemukakan saman ke atas Mohd Najib. Apa tujuan Mahathir jika bukan untuk mensabotaj ekonomi negara? Mahathir tahu selagi ekonomi negara bermasalah selagi itu beliau berpeluang menjatuhkan Mohd Najib.
Sesiapa mengenali Mahathir pasti tahu beliau adalah “Niccolò Machiavelli” versi Melayu. Matlamat beliau lebih penting dari segala-galanya hatta “membenarkan” tragedi seperti Memali berlaku hanya untuk membuktikan kewujudan ektremisme agama dalam PAS.
Mahathir tidak peduli kesusahan rakyat biasa dan usahawan kecil. Ketika krisis 1998 pun ribuan usahawan kecil lingkup, Mahathir sibuk selamatkan syarikat anaknya dan kroni-kroni meganya.
Justeru saman ini tidak ada kena mengenai dengan pendirian anti-rasuah Mahathir atau pro-rakyat seperti yang beliau cuba tonjolkan. -mykmu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.