`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, May 6, 2025

Lebih 9,000 pokok seludup RM1.47 juta dirampas

 Komander Briged Tenggara PGA berkata semua pokok itu disyaki diseludup dari Thailand dan mengandungi serangga perosak serta penyakit.

Lebih 9,000 pokok
Sebanyak 5,000 pokok buah-buahan dan 4,250 pokok bunga pelbagai jenis dirampas PGA di Rantau Panjang Ahad lalu. (Gambar Briged Tenggara PGA)
KOTA BHARU:
 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 5,000 pokok buah-buahan dan 4,250 pokok bunga pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM1.47 juta dalam dua pemeriksaan berasingan di Rantau Panjang kelmarin.

Komander Briged Tenggara PGA, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata kedua-dua rampasan dilakukan anggotanya ketika Op Taring Wawasan.

Beliau berkata, kejadian pertama membabitkan pemeriksaan ke atas sebuah lori di Sekat Pintas Serongga, Rantau Panjang pada 7.30 malam dan menemui 4,000 pokok buah serta 1,600 pokok bunga pelbagai jenis.

“Pemandu lori berusia 34 tahun itu gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan tumbuhan berkenaan. Nilai rampasan dianggarkan RM910,000,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam operasi sama, Nik Ros Azhan, berkata pihaknya merampas 1,000 pokok buah-buahan dan 2,650 pokok bunga hiasan bernilai RM565,000 dalam pemeriksaan di Jalan Rantau Panjang-Kampung Kedap pada 9 malam.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 44 tahun juga gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan tanaman terbabit.

“Semua pokok dirampas itu dipercayai diseludup dari Thailand dan disyaki mengandungi serangga perosak serta penyakit.

“Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan selanjutnya,” katanya menambah kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.