Terdahulu, Tengku Zafrul Aziz berkata surat peletakan keahlian Umno serta jawatan telah dihantar kepada pucuk pimpinan parti.

Kenyataan itu menyusul selepas Zafrul mendakwa telah menghantar surat keluar Umno dan letak jawatan ahli majlis kerja tertinggi serta ketua Kota Raja kepada pucuk pimpinan.
Asyraf dalam kenyataan turut menegaskan Umno memandang serius niat peletakan jawatan bekas menteri kewangan itu dan ingin menyertai PKR.
“Amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam kerajaan perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya.
“Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidakharmonian di kalangan parti dalam gabungan kerajaan perpaduan hingga tercetus pula prejudis dan prasangka berterusan mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan kejujuran sesama sendiri di kalangan ahli akar umbi,” katanya.
Terdahulu, Zafrul, menteri pelaburan, perdagangan dan industri berkata surat peletakan keahlian Umno serta jawatan ahli majlis kerja tertinggi dan ketua Kota Raja telah dihantar kepada pucuk pimpinan parti.
Berkenaan hasrat menyertai PKR, Zafrul memaklumkan niat itu telah dinyatakan kepada Presiden Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung Fuziah Salleh.
Tengku Zafrul, 51, bersama Umno sejak 1997 dan pernah berkhidmat sebagai bendahari Barisan Nasional Selangor.
Dalam kerajaan, beliau pernah menjadi menteri kewangan di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.
Beliau bertanding di Parlimen Kuala Selangor pada PRU15 namun tewas kepada Dzulkefly Ahmad dari Pakatan Harapan (PH).
Walaupun tewas beliau dilantik ke Kabinet kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.
Spekulasi berkait kedudukan politik Zafrul sering dibangkitkan kebelakangan ini kerana tempohnya sebagai Ahli Dewan Negara akan tamat Disember. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.