`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Sunday, July 20, 2025

1 hilang bot karam di Sabah

 Tiga lelaki berjaya menyelamat diri selepas bot dinaiki karam di sungai di Ladang Temenggong.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Hairi Otuh berkata operasi mencari dan menyelamat yang ditangguhkan 5.30 petang tadi atas faktor cuaca akan disambung esok. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
 Tiga lelaki berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang masih hilang selepas bot dinaiki mereka karam di sebatang sungai di Ladang Temenggong, Kinabatangan.

Mangsa hilang ialah Adzly Kassim, 46, hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, berkata sepasukan anggota mengambil masa tiga jam untuk sampai ke lokasi terletak kira-kira 115km selepas menerima panggilan pada 11.49 pagi tadi.

Setiba di lokasi, beliau berkata, pasukan itu mencari mangsa di sekitar lokasi bot karam menggunakan bot penduduk kampung.

“Operasi mencari juga membabitkan polis dan orang awam di situ. Setakat ini, mangsa belum ditemui,” katanya menurut Berita Harian.

Menurutnya, operasi ditangguhkan 5.30 petang tadi atas faktor cuaca dan akan disambung esok. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.