`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, July 4, 2025

Anwar harap Kanada pertimbang semula pengecualian visa

 Rakyat Malaysia memerlukan visa untuk masuk ke Kanada bagi tujuan melancong, belajar atau bekerja.

ANWAR IBRAHIM
Anwar Ibrahim berkata ia selaras layanan diberikan Kanada kepada negara Komanwel lain demi memperkukuh hubungan antara rakyat dan memperluas pertukaran pelbagai hala.
KUALA LUMPUR:
 Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyuarakan harapan kepada rakan sejawatnya dari Kanada Mark Carney untuk mempertimbangkan semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia.

“Ia adalah selaras dengan layanan yang diberikan kepada negara-negara Komanwel lain demi memperkukuh hubungan antara rakyat dan memperluas pertukaran pelbagai hala,” katanya dalam hantaran di platform X hari ini.

Anwar ketika ini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Paris, Perancis, menghubungi Carney untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan Parti Liberal dalam Pilihan Raya Kanada baru-baru ini.

Rakyat Malaysia memerlukan visa untuk masuk ke Kanada bagi tujuan melancong, belajar atau bekerja.

Yuran visa Kanada untuk warganegara Malaysia termasuk yuran kepada kerajaan Kanada, yuran biometrik serta sokongan atau perkhidmatan lanjut daripada VFS Global, pentadbir pihak ketiga dilantik untuk visa Kanada di Malaysia.

Proses untuk permohonan visa Kanada mengambil masa yang lama. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.