`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Friday, July 18, 2025

AKPS tahan 7 warga Afghanistan guna visa palsu

 Siasatan pihak berkuasa mendapati kumpulan itu melarikan diri dari Iran sebelum menjadikan Malaysia destinasi akhir.

visa palsu
Tujuh warga Afghanistan yang cuba memasuki Malaysia menggunakan visa palsu dipercayai dikeluarkan di Uzbekistan. (Gambar AKPS)
PETALING JAYA:
 Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) mematahkan cubaan tujuh warga Afghanistan memasuki Malaysia menggunakan visa palsu di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Agensi itu dalam kenyataan berkata dua kumpulan membabitkan lima dewasa dan dua kanak-kanak itu, masing-masing pada Ahad dan Selasa lalu.

“Mereka telah menggunakan visa palsu dipercayai diperoleh dari Uzbekistan.

“Mereka mendakwa telah melarikan diri dari Iran sebelum menjadikan Malaysia destinasi akhir,” kata AKPS yang menolak kemasukan kesemua mereka kerana melanggar syarat imigresen dan memalsukan dokumen perjalanan.

AKPS berkata tindakan pantas itu mencerminkan komitmen berterusannya dalam memastikan kawalan keselamatan sempadan berada pada tahap tertinggi.

“Pintu masuk negara tidak akan dikompromi oleh sebarang cubaan migrasi tidak sah,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.