Remaja perempuan berusia 19 tahun dipercayai pasangannya dimasukkan ke wad bagi pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Kuala Muda Hanyan Ramlan, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan susulan penemuan bayi lelaki yang ditemukan penduduk, dalam kejadian 9.55 pagi semalam.
“Seorang lagi remaja perempuan berusia 19 tahun, dipercayai pasangannya, telah dimasukkan ke wad hospital bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut. Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Bernama.
Dalam pada itu, Hanyan berkata tangisan kuat bayi berkenaan didengari seorang penduduk yang sedang menjemur pakaian, sebelum dia bertindak mencari di kawasan sekitar.
“Saksi terkejut lalu menjerit apabila melihat seorang bayi lelaki di bahu jalan. Tidak lama kemudian, beberapa jiran keluar rumah dan membantu membawa bayi itu ke kawasan lebih selamat sebelum menghubungi polis.”
Menurutnya, siasatan mendapati lokasi penemuan bayi tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).
Katanya, bayi itu telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan lanjut.
“Hasil pemeriksaan mendapati bayi berada dalam keadaan sihat, namun mengalami kecederaan calar pada bahagian mata kanan dan sebelah kanan badan,” katanya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.