`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Thursday, July 24, 2025

FAM tak pandang ringan penyokong Indonesia kibar Jalur Gemilang terbalik

 Badan induk bola sepak negara akan berhubung dengan AFC dan AFF bagi tindakan lanjut.

bendera terbalik
Penyokong bola sepak Indonesia memegang Jalur Gemilang terbalik dengan dipangkah ketika aksi Piala Asean Bawah 23 Tahun di Stadium Gelora Bung Karno. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
 Tindakan mengibarkan Jalur Gemilang terbalik dengan dipangkah didakwa dilakukan penyokong Indonesia ketika aksi Piala Asean bawah 23 2025 pada Isnin lalu tidak akan dibiarkan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, pihaknya akan berhubung dengan dengan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) serta Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) bagi mendapatkan pandangan sebelum tindakan lanjut diambil.

“Ya, kami berhubung dengan AFF dan AFC. Kami tidak mengambil ringan isu ini dan tidak menyokong sebarang perbuatan sedemikian,” kata Presiden Mohd Joehari Mohd Ayub menurut Berita Harian.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai tindakan penyokong Indonesia yang mengangkat bendera Malaysia secara terbalik, yang mana perbuatan itu harus dipandang serius oleh badan induk bola sepak Asia dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

Insiden membalikkan Jalur Gemilang dikatakan berlaku ketika Indonesia menentang Malaysia dalam aksi terakhir Kumpulan A Piala Asean Bawah 23 Tahun, di Stadium Gelora Bung Karno, Isnin lalu.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dengan Malaysia memerlukan kemenangan untuk layak ke peringkat kalah mati. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.