`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Tuesday, July 22, 2025

Jakim diarah siasat isu syarikat bekal makanan hospital tiada sijil halal

 Menteri agama berkata, beliau telah arah Jakim teliti isu yang dibangkitkan dalam LKAN 2/2025.

Mohd Naim Mokhtar
Menteri agama Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau tidak dapat mengulas lanjut berhubung isu syarikat tiada sijil halal bekal makanan kepada pesakit HCTM selagi belum terima laporan Jakim. (Gambar Bernama)
SUNGAI PETANI:
 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarah menjalankan siasatan terperinci terhadap isu pelantikan sebuah syarikat perkhidmatan katering yang tiada sijil halal membekalkan makanan di sebuah hospital kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar bagaimanapun berkata, buat masa ini beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Saya memang dah arahkan ketua pengarah Jakim untuk tengok isu itu dan beliau akan maklum (hasil laporan) kepada saya.

“Saya tak boleh nak respons sampai saya dapat laporan beliau,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Madani Peduli hari ini.

Semalam, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 mendedahkan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM menganugerahkan kontrak katering bernilai RM25.64 juta kepada syarikat dinamakan sebagai 0267299-T.

Syarikat yang didakwa tidak memiliki sijil halal itu dianugerahkan kontrak membekalkan makanan kepada pesakit hospital itu selama tiga tahun bermula Februari 2024. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.