Pemberian wang pendahuluan membabitkan peruntukan RM47.8 juta bertujuan membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah menampung perbelanjaan awal sebelum pinjaman penuh lulus.

Pengerusi PTPTN Norliza Abdul Rahim berkata pemberian wang pendahuluan membabitkan peruntukan RM47.8 juta bertujuan membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah menampung perbelanjaan awal sebelum pinjaman penuh diluluskan.
“PTPTN sentiasa komited untuk memastikan akses kepada pendidikan tinggi dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang sosioekonomi.
“Inisiatif pemberian WPP PTPTN ini adalah untuk membantu menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar baharu memasuki UA dan politeknik,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, hanya pelajar yang menyatakan persetujuan menerima WPP semasa permohonan kemasukan menerusi UPUOnline serta mempunyai ibu bapa atau penjaga yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) layak menerima bantuan itu.
Terdahulu, Norliza menyantuni pelajar yang ditawarkan WPP melalui sesi ziarah PTPTN di Kawasan Bukit Gelugor, Pulau Pinang.
Jelasnya, di Pulau Pinang seramai 1,419 orang pelajar ditawarkan WPP dengan peruntukan berjumlah RM2.13 juta.
Sejak diperkenalkan pada 1999, lebih 990,000 pelajar menerima manfaat WPP dengan jumlah peruntukan mencecah RM1.46 bilion setakat 31 Mei 2025. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.