`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, December 24, 2025

2 ditangkap susulan video lelaki pakai tudung minum minuman keras

Seorang lelaki dan seorang perempuan ditangkap petang tadi bagi membantu siasatan.

lelaki bertudung minum
Tangkap layar video memaparkan individu memakai tudung sambil minum minuman keras. Siasatan awal dapati individu berkenaan seorang lelaki.
PETALING JAYA:
 Polis membuat tangkapan terhadap dua warga tempatan dalam siasatan ke atas video memaparkan seorang individu memakai tudung sambil minum minuman keras.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, mengumumkan seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang perempuan berusia 24 tahun ditangkap petang tadi di Subang Jaya, bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal polis mendapati individu yang memakai tudung dan minum minuman keras adalah seorang lelaki,” menurut kenyataan.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Polis menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah, mengingatkan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap individu yang dengan sengaja tidak menjaga sensitiviti keagamaan yang mewujudkan suasana tidak harmoni. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.