Seorang lelaki meluru masuk ballroom melepasi beberapa anggota Secret Service. Tembakan kedengaran. Adakah sasaran suspek Trump?

Wartawan mewakili pelbagai media yang ditugaskan membuat liputan bermacam aspek bersabit White House khususnya presiden Amerika Syarikat ada persatuan dikenali sebagai White House Correspondents Association atau WHCA, dan setiap tahun ia mengadakan gala night — the White House Corrrespondents Dinner. Tetamu terhormat pastilah presiden AS. Ini satu tradisi.
Persatuan ditubuhkan pada 1914. Jamuan makan malam pertama kali diadakan pada 7 Mei 1921 di Arlington Hotel, Washington DC.
Tujuan utama ialah fund raising untuk membiayai liputan White House dan juga aktiviti wartawan, termasuk biasiswa to help the next generation of journalists. Ticket untuk jamuan dijual hanya kepada organisasi media yang wartawannya menjadi ahli persatuan.
Makan malam itu terkenal sebagai suatu pentas di mana satira politik dipersembahkan oleh selebriti terkenal. Presiden diberi peluang untuk menyakat musuh politik dan wartawan. Hakikatnya it’s always a fun affair meskipun pedih dan pedas.
Donald Trump umum tahu tidak mesra wartawan. Kali terakhir beliau hadir White House Correspondents Dinner ialah pada 2011 semasa Barrack Obama menjadi presiden. Trump hadir sebagai tetamu. Obama dan hos, Seth Meyers, mempersendakan Trump terutama cita-cita politiknya. Ada pemerhati kata gurauan itu mendorong Trump bertanding untuk jawatan presiden beberapa tahun kemudian.
Kali pertama Trump jadi presiden (2017-2021) beliau tidak mahu hadir White House Correspondents Dinner. Kali kedua jadi presiden beliau tidak juga mahu hadir jamuan tahun lalu. Namun tahun ini Trump hadir buat kali pertama sebagai presiden. Banyak pihak terutama media bersiap sedia untuk menghadapi Trump. Anything is possible with this president, kata mereka.
Ramai tertanya sesama sendiri sama ada Trump akan belasah media yang selalu mengkritik beliau dan dasar pentadbirannya. For good measure comedian yang sering roast Trump tidak ditugaskan sebagai hos kali ini. Namun kita tahu apa yang berlaku semasa Trump hadir di ballroom Washington Hilton semalam, dan bukan Trump yang buat angkara.
Seorang lelaki — Cole Tomas Allen — meluru masuk ballroom melepasi beberapa anggota Secret Service. Para pegawai kejar dan tembakan kedengaran. Seorang pegawai keselamatan cedera. Beliau bersama Allen dibawa ke hospital. Allen, 31, sudah didakwa atas tuduhan menggunakan senjata api untuk melakukan jenayah ganas dan menyerang pegawai persekutuan menggunakan senjata bahaya.
Adakah sasaran suspek Trump?
Kemungkinan besar iya meskipun ramai ahli politik termasuk anggota pentadibran Trump dan daripada parti Demokrat berada di dalam ballroom bersama ratusan jemputan dan wakil media. Trump dan isteri dibawa keluar dalam keadaan selamat. Tidak lama kemudian Trump sendiri menyiarkan di media sosial rakaman security video memaparkan suspek berlari masuk ke dewan jamuan.
Sejurus kemudian Trump mengadakan taklimat untuk media di White House. Banyak informasi mengenai kejadian yang beliau berikan kepada media, namun butiran lanjut akan disampaikan oleh pasukan keselamatan dan pegawai penyiasat.
Kata Trump, “politics is a dangerous line of work. It comes with the territory“. Lantas Trump menegaskan jawatan yang disandang “is a very dangerous job“. Beliau merujuk suspek sebagai “he’s sick“. Trump percaya insiden di Washington Hilton tidak ada kena mengena dengan perang di Iran.
Rata-rata rakyat AS menentang dasar Trump berhubung Iran dan tidak setuju AS melancar perang di Asia Barat. Semasa jamuan diadakan, dilaporkan ada demonstrasi anti-Trump di hadapan Washington Hilton.
Dalam memuji kecekapan dan ketangkasan pasukan keselamatan, Trump berkata beliau mahu terus hidup “to make America great“. Katanya apa yang berlaku ialah kerana beliau berbuat sesuatu. Presiden AS lampau yang pernah diserang juga melakukan sesuatu. Begitu jugalah dengannya, kataTrump.
“I’ve studied assassinations. The people that do the most, the people that make the biggest impact they’re the ones that they go after. They’re were very impactful people just take a look at the names,” kata Trump sambil memetik Abraham Lincoln.
Kata beliau lagi: “I hate to say I’m honoured by that but I’ve done a lot, we’ve done a lot. We’ve taken this country — we were a laughing stock for years and now we’re the hottest country. I think that’s the reason.”
Jelas ada sindiran buat Obama dan Joe Biden. Realitinya ahli politik yang bijak boleh memanfaatkan musibah untuk menyerang lawan dan pada masa sama untuk kebaikan diri sendiri. Ahli politik yang bijak juga akan menggunakan apa yang berlaku untuk menjustifikasi apa yang beliau mahu laksanakan. Contohnya Trump sedang mendirikan ballroom hebat di White House yang menelan belanja jutaan dollar. Tindakanya dibantah ramai tetapi berikutan insiden di Washington Hilton, Trump membayangkan ballroom di White House lebih selamat daripada ballroom di Hilton. “Look at all the conditions that took place tonight and it’s not a particularly secure building and I didn’t want to say this, but this is why we have to have all the attributes of what we’re planning at the White House. It’s actually a larger room, drone proof, bulletproof glass. We need the ballroom.”
Approval ratings Trump sebelum ini berada pada paras rendah. Kita tahu mengapa. Namun setelah insiden di majlis makan malam wartawan White House, mungkin kritikan kerasnya ke atas Pope Leo serta memaparkan grafik ciptaan AI yang menunjukkan beliau seakan Jesus Christ yang menguris perasaan penganut Katholik, juga tindakan ganas ICE dalam melaksanakan dasar anti imigresen, harga minyak melambung dan inflasi mencanak akibat tindakannya lancar perang ke atas Iran, dan banyak lagi hal akan dilupakan atau diketepikan meskipun buat seketika.
Seperkara lagi. Ingat tak insiden di Pennsylvania 13 Julai 2024? Semasa Trump berkempen untuk pilihan raya presiden berlaku percubaan membunuh. Beliau terselamat tetapi cedera di bahagian telinga di tembak seorang lelaki berusia 20 tahun bernama Thomas Crooks. Dia mati ditembak pegawai keselamatan di tempat kejadian. Ada orang kata insiden itu ada peranan membentuk perasaan pengundi yang memberi kemenangan kepada Trump. Ini saya tidak tahu benar atau tidak. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.