Muktamar Tahunan PAS ke-72 diadakan 4–5 September 2026 di PUTIK, Pengkalan Chepa, Kelantan. PAS menyusun strategi menghadapi PRU16 dan membuka semula hubungan dengan Umno/BN.
Mesej utama jelas: PAS mahu mengetuai projek penyatuan politik Melayu-Muslim, memenangi kuasa persekutuan dan menuju Putrajaya sambil mengekalkan identiti Islamiknya. Strategi terkini berpaksi kepada kerjasama PAS–Umno.
1. Penyatuan Ummah - menjadi tema dominan sepanjang muktamar. Sebenarnya codeword bagi kerjasama PAS-UMNO. Perwakilan sebulat suara meluluskan resolusi menyeru perpaduan politik PAS-UMNO yang lebih kukuh menjelang PRU16. Pengusul tegas bahawa perpaduan tidak bermaksud PAS kompromi prinsip Islam. Objektif utama ialah menghapuskan halangan kerjasama dengan Umno di bawah panji penyatuan ummah.
2. Sasaran Putrajaya - PAS sudah kuasai Kelantan, Terengganu dan Kedah. Kini mahu tukar sokongan Melayu-Muslim kepada bilangan kerusi parlimen mencukupi untuk mengetuai kerajaan persekutuan. Hadi Awang menyatakan PAS terbuka kepada pakatan pilihan raya dengan UMNO-BN dan rundingan sedang berjalan.
3. Umno & Bersatu - Presiden Umno tidak hadir, tetapi wakilnya hadir. PAS mahu pintu kepada Umno kekal terbuka. Sebaliknya, PAS semakin tidak selesa dengan Bersatu dan sudah bergerak memutuskan kerjasama politik. PAS kini meletakkan dirinya sebagai kuasa Melayu-Muslim dominan, bukan sekadar komponen PN.
4. Usul diluluskan - Daripada 33 usul, tujuh diluluskan termasuk RCI terhadap “mafia korporat”, penguatkuasaan ketat terhadap perjudian, serta isu penjagaan kesihatan dan pertanian.
5. Hal Ehwal kaum minoriti - Wakil kaum India menyuarakan kepekaan terhadap label “kuil haram” Hindu. PAS sedar perlu meyakinkan bukan Melayu bahawa kerajaan pimpinannya akan melindungi kepentingan mereka.
6. Empat takeaway
① PAS bersiap sedia untuk mentadbir di persekutuan.
② Perpaduan PAS-UMNO lebih penting daripada susunan gabungan lama.
③ Islamisasi tidak ditinggalkan.
④ Laluan utama ke Putrajaya kini kelihatan melalui kerjasama PAS–Umno.
MY CONCLUSION:
Pas mula mendapat keuntungan besar pada tahun 1990 - selepas Tengku Razaleigh berpisah dengan Dr Mahathir / UMNO dan menubuhkan Semangat 46. PAS bekerjasama dengan Semangat 46. PAS menang Kelantan pada PRU 1990.
Tetapi dalam tempoh lima tahun sahaja (PRU 1995) Semangat 46 hilang 'kelajuannya'. PAS pun kalah teruk pada PRU 1995, hanya Kelantan kekal di tangan PAS.
Pada tahun 1999 PAS mendapat peluang lagi untuk menambahkan kerusi - selepas peristiwa mata lebam dan permulaan zaman reformasi (1998). PAS bekerjasama dengan Reformasi. PAS berjaya kekal di Kelantan dan menang Terengganu.
Kemudian Dr Mahathir bersara pada tahun 2003 dan diganti oleh Mr Clean. Ramai pengundi menaruh harapan yang besar kepada Mr Clean. Pada PRU 2004 PAS hilang semuanya kecuali Kelantan.
Tetapi dalam sekelip mata sahaja Mr Clean berubah menjadi Mr Dirty dan Mr Sleepy. Pengundi jadi fed up. Sekali lagi PAS sungguh bernasib baik. PAS bekerjasama dengan Reformasi. Pada PRU 2008 PAS menang Kelantan dan Kedah.
PRU 2013 PAS kurang bernasib baik - Reformasi makin malap. PAS hanya kekal di Kelantan. Kedah dan Terengganu kembali kepada UMNO.
And then Jeng Jeng Jeng !! Terjadi skandal rasuah terbesar dalam dunia 1MDB. Pada PRU 2018 UMNO-BN tumbang. PH 1.0 (Dr Mahathir) membentuk kerajaan. Pada 2020 PH 1.0 pula tumbang. Terjadi kerajaan Perikatan Nasional. PAS bekerjasama dengan Perikatan Nasional. Jadi PAS berpeluang menyertai kerajaan persekutuan - first time sejak tahun 1973.
Pada PRU 2022, semua parti politik kalah. Hung Parliament. Terbentuk kerajaan perpaduan. PAS tidak berpadu dengan kerajaan perpaduan. Jadi PAS tidak menyertai kerajaan persekutuan.
PRU 16 (akan datang) PAS bekerjasama dengan UMNO dan PARTI WAWASAN.
Bolehke PAS mencapai فَوْزًا عَظِيمًا (fawzan ʿaẓīman) ia itu kejayaan yang besar / keuntungan yang besar?
Jawapannya mungkin terletak pada bahasa Iban.
Haji Hadi kala udah madah orang Dayak ngena kain cawat. Iya ngasuh reti seolah-olah sida nya baka orang ke diau di atas kayu. Tang Sarawak bisi 31 kerusi Parlimen, lalu Sabah bisi 25 kerusi Parlimen. Jadi, jumlah semua nya 56 kerusi.
Boleh ke PAS bekerjasama dengan kaum Dayak? Atau soalan yang lebih besar boleh ke kaum Dayak bekerjasama dengan PAS?
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.