`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 16, 2014

[TERKINI] Selangor! Bersiap Sedialah Untuk Pilihanraya Negeri..

Abdul Khalid Tidak Tolak Kemungkinan Bubar DUN Selangor 

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu. 

Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.

"Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri, Sabtu malam.

Abdul Khalid enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau berbincang dengan empat anggota exco kerajaan negeri daripada PAS untuk membubarkan DUN pada November ini.

Pada Khamis, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.

Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang, mendakwa 30 Adun termasuk Saari dan Hasnul menyatakan hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (12) dan Bebas (1). -BERNAMA

ULASAN GB

Seperti yang GB jangkakan sebelum ini nampaknya Pilihanraya negeri tidak dapat dielakkan.

Apabila Khalid mendakwa beliau mendapat sokongan maoriti untuk kekal sebagai menteri Besar dan apabila Presiden PKR Wan Azizah pula telah menyerahkan senarai 30 ADUN yang menyokong beliau, maka nampaknya PRN bakal diadakan.

Hubungan Khalid dengan Sultan dan pihak UMNO nampaknya akrab. UMNO akan cuba mencari peluang baru dengan perpecahan yang berlaku di kalangan komponen Pakatan Rakyat. Inilah peluang yang mereka nantikan setidak-tidaknya untuk memperbaiki bilang kerusi DUN paling corot - 12 kerusi.

Pendirian PAS hanya akan diketahui 17 Ogos ini samada terus bersama Pakatan Rakyat atau akan bersama UMNO atau akan bersendirian.

Namun di dalam apa juga keadaan, Selangor sudah perlu bersiap sedia. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.