Mula kita baca sedikit perbincangan dan ulasan berikut di laman Malaysiakini yang saya telah ringkaskannya sekali. Lepas itu saya memberi pandangan saya sendiri yang saya harap Tuan-Tuan akan membacanya. Thank you.
YOURSAY | Country with huge subsidies may ultimately go broke
- M’sia’s subsidies expected to surpass RM81b this year
- Apanama is back: The subsidies to exceed RM81 billion this year.
- Madani appears to be really proud of it
- country with huge subsidies may ultimately go bankrupt
- your team not doing anything at all for last 10 months
- need to find ways to reduce cost of living
- cost of living has ‘hijacked’ our economy that we need RM81b subsidies
- on top of RM1.5 trillion government debt hanging over our head.
- What is your Hassan Marican advisory group doing?
- nothing tangible coming out of the group for the last months.
- It has been getting worse since you took over last November.
- Don’t be proud of your speech.
- It is nothing but spelling doom for our country’s future.
BusinessFirst:
ringgit to drop furtherMalaysia living beyond its means
he is no different from all the other PMs
Yet, the response to this is that “we will lose the elections”. This is the sum total of the brightest hope in Malaysian politics in the 1990s. Whether you win or lose elections only.
BOBBYO: Talk and more talk is what he is good for. For 10 months, nothing but bouts and bouts of politics the people have experienced.
Monopolies. Start by dismantling all the rice, bread, sugar, vegetables, or even importing of basic necessities monopolies.
Highways and tolls. It is time to redo or readjust all these prices of tolls. How many of these operators - cronies - have recouped their cost and are now milking the public daily?
The people are getting fed up with all these colourful speeches. They want to see results.
My comments :
Setiap kali Tuan-Tuan kunjungi laman ini Tuan-Tuan pasti melihat "banner" berikut :
Social Welfare Millionaires atau Jutawan Duit Rakyat maksudnya kaum elit yang telah dan masih menjadi jutawan kaya raya dengan makan duit rakyat.
Mereka tidak perlu menunggu di depan kedai mereka untuk menjemput orang masuk membeli barang.Mereka tidak perlu garu kepala memikir bagaimana cara membentuk marketing strategi yang mampu bersaing di pasaran.
Mereka juga tidak perlu risau bagaimana untuk menarik investment partners untuk memberikan dana perniagaan kepada mereka.
Mereka tidak perlu risau bagaimana cara untuk meyakinkan bankers untuk meminjam duit kepada mereka.
Semua ini tidak perlu.
Mereka hanya perlu mendapat lesen monopoli daripada Kerajaan. Lesen monopoli itu adalah lesen untuk cap duit.
Mereka hanya perlu mendapat kontrak berjuta dan berbillion Ringgit untuk membekalkan kapal, pesawat dan senjata, membina masjid besar-besaran, mencetak buku teks sekolah, membina hospital terbaru, membina kampus terbaru, membina bangunan sekolah asrama penuh, membina jalan tar, membina jambatan besar yang semuanya dibayar dengan duit rakyat. Untuk mereka menjadi JUTAWAN DUIT RAKYAT.
Dan kita belum lagi bincang harga tinggi gila yang mereka letak untuk kontrak dan projek ini. Berbillion Ringgit untuk kapal, berbillion Ringgit untuk sistem komputer, berbillion Ringgit untuk e-government, RM400 JUTA untuk membekal susu kepada sekolah, berpuluh dan beratus juta untuk membina masjid di merata tempat (yang semuanya kosong sahaja).
Atau mereka mendapat lesen monopoli yang boleh cekik darah 34 juta rakyat negara yang terpaksa beli barang atau perkhidmatan itu daripada mereka sahaja. Contohnya lesen monopoli impot vaksin, pegang monopoli AP kereta, monopoli highway bertol, monopoli impot beras, impot tepung, impot gula, impot simen, impot besi, monopoli perkhidmatan calibration mesin timbang bagi seluruh negara, monopoli pemeriksaan kenderaan, monopoli service dan maintenance semua kenderaan kerajaan, monopoli lesen kapal "dredger", monopoli pelabuhan, monopoli lapangan terbang, monopoli atau oligopoli kayu gaharu, oligopoli perbankan, monopoli pos dan beratus atau beribu jenis monopoli lagi.
34 Juta rakyat negara tiada pilihan lain untuk mendapat perkhidmatan ini kecuali berurusan dengan kaum elit yang pegang lesen monopoli dan oligopoli berkenaan.
Sebab itulah rakyat kita hidup susah dan rakyat negara makin miskin. Dulu tidak ada B40 tetapi sekarang sudah ada B40.
Kita bayar dua, tiga atau empat kali ganda harga pasaran dunia untuk membeli kereta impot. "Kereta rakyat" (peoples' car) di negara lain, yang mampu dibeli oleh rakyat biasa seperti Honda, Toyota, Hyundai, Nissan, Volvo, Ford, Volkswagen menjadi kereta mewah pula dalam negara kita.
Contohnya maksud volks-wagen adalah "folks wagon" ataupun people's car. Tetapi dalam negara kita pula kereta 'folks wagon" atau people's car bertukar menjadi 'kereta mewah'. Sebab cukai impot yang tinggi, sistem AP, monopoli / oligopoli untuk mengimpot kereta dsbnya maka harga jualan kereta impot menjadi dua, tiga atau empat kali ganda harga pasaran dunia.
Dan ini belum kira lagi ketirisan, rasuah dan kecurian oleh kaum elit. Belum kira lagi kapal RM6 billion yang tenggelam sebelum timbul, helikopter yang tidak sampai, kes rasuah RM80 JUTA untuk mencetak satu buku teks agama untuk sekolah rendah.
Maka rakyat jadi miskin. 34 juta rakyat negara terpaksa bayar harga cekik darah untuk beli beras, beli kereta, beli rumah (yang harganya terkesan monopoli impot simen), beli minyak untuk kereta, bayar untuk pelbagai perkhidmatan seperti air, api, kutip sampah, telefon yang semuanya adalah harga monopoli atau oligopoli.
Kaum elit pemegang lesen, pemegang monopoli, pemegang kontrak dan projek semua jadi kaya. Rakyat pula menjadi miskin.
Lepas itu untuk mengurangkan "beban" rakyat (yang mereka sendiri pikulkan atas bahu kita) mereka "berbesar hati" bagi sabsidi kepada rakyat sejumlah RM81 BILLION itu.
Jadi Tuan-Tuan mula dia sakau dengan tangan kiri.
Lepas itu dia bagi balik sedikit dengan tangan kanan.
BANYAK CANTIK.
Dia bagi sabsidi RM81 billion itu duit siapa?
Duit dia sendiri ke?
Duit kita juga.
Dia ambil duit rakyat RM81 Billion untuk bagi balik "sabsidi" konon untuk membantu kita.
Maka kita rugi DUA KALI.
First kita rugi berpuluh billion sebab kita terpaksa bayar harga monopoli untuk hampir semua barangan dan perkhidmatan keperluan kita.
Second bila kita makin susah, mereka ambil duit kita lagi dan bagi balik kepada kita sebagai duit sabsidi. Banyak cantik.
Dia letaklah jenama pelik-pelik.SEMUA ITU ADALAH DUIT KITA. DUIT TUAN-TUAN.
TUAN-TUAN DIPAKSA BAYAR DUA KALI !
Saya betul terkejut beruk mendengar Mat Sabu yang dulunya pekik-pekik dan jerit-jerit MAHAZALIM dan MAHAFIRAUN sebab marah dengan semua dasar zalim UMNO (Abang Mat sebut "uumno") tiba-tiba sekarang Abang Mat jadi jaguh mempertahankan monopoli pula. Abang Mat kata "kita tidak boleh hapuskan monopoli".
Abang Mat, salamullaahi alaykum. Apa sudah jadi? What happened to you?
Jadi Tuan-Tuan inilah 'game' mereka yang mereka perbodohkan Tuan-Tuan dengannya sejak berpuluh tahun sudah.
Tak kiralah mereka guna jenama 'bangsa, agama, negara' atau jenama 'pimpinan lebai' atau jenama 'keluarga Malaysia' atau yang latest ini jenama 'madanon' semuanya serupa saja.
Mereka mempermainkan Tuan-Tuan. Mereka sedang menggadai masa depan anak-anak kita. Untuk sedikit kaum elit kekal kaya. Dengan makan duit kita.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.