`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, October 10, 2023

Kenaikan harga beras import tiada kaitan monopoli Bernas, kata Mat Sabu

 

Mohamad Sabu berkata, kenaikan harga beras putih import disebabkan harga pasaran antarabangsa meningkat sehingga 60% sejak akhir Ogos 2022. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kenaikan harga beras putih import (BPI) tiada kaitan dengan monopoli Padiberas Nasional Bhd (Bernas), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.

Sebaliknya, beliau berkata, kenaikan itu disebabkan harga pasaran antarabangsa BPI meningkat sehingga 60% sejak akhir Ogos 2022.

“Sehingga kini, 19 negara membataskan eksport untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew sama ada kenaikan BPI akibat monopoli Bernas.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, keadaan diburukkan lagi dengan kemerosotan kadar tukaran asing ringgit berbanding dolar Amerika.

Katanya, kaedah monopoli beras langkah terbaik dalam menangani cabaran mendatang dan tiada berhasrat menghapuskan monopoli Bernas.

“Dasar ini merupakan mekanisme utama yang telah memberikan keupayaan kepada negara untuk menghadapi cabaran ketidakstabilan harga beras antarabangsa.”

Beliau berkata, dasar pengimport utama merupakan mekanisme “gatekeeping” bagi melindungi industri padi dan beras tempatan daripada terdedah kepada ketidaktentuan kedudukan pasaran antarabangsa.

“Berdasarkan kepada perkara ini, sebarang keputusan mengenai perubahan dasar ini wajib mengambil kira kebajikan dan pendapatan pesawah, kestabilan dan jaminan bekalan makanan negara serta dasar-dasar semasa kementerian.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.