`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, October 2, 2023

 SOALAN CEPU MAS : Tahun 2022 keluaran padi negara kurang lebih 1.7 JUTA TAN METRIK. Hoi ya hoi Abang Mat, ke mana pergi 1.7 JUTA TAN METRIK PADI DAN BERAS KITA?

If the video does not play here are the links. 

ttps://vt.tiktok.com/ZSN84k1o9/

https://www.tiktok.com/@501awani/video/7285263760594439442?is_from_webapp=1&sender_device=pc

 

Jadi empat langkah itu adalah:

1. FAMA akan tingkat edaran beras ke luar bandar termasuk ke kedai runcit. Oleh sebab margin untung hanya 50 sen bagi setiap kampit 10kg maka kerajaan akan bayar duit minyak untuk lori Fama. 

Maksudnya sabsidilah. Kita kena bayar sabsidi kepada Fama juga dengan guna duit rakyat. Tetapi bukankah Fama itu sudah pun menjadi agensi Kerajaan yang ditubuhkan dengan mengguna duit rakyat? Dan setiap tahun Fama dapat peruntukan Belanjawan yang semuanya dibiayai dengan duit rakyat. Habis kenapa pula Fama perlu sabsidi duit minyak lagi? Siapa pembekal minyak kepada Fama? Open tender atau direct nego? Atau isi minyak sendiri di stesen minyak? 

Fama akan hantar bekalan beras putih kepada kedai runcit sekali. Fama akan jual beras kepada kedai runcit secara tunai atau secara hutang tiga bulan? Biasanya wholesaler Cina zalim akan beri tempoh sekurang-kurangnya satu bulan kepada kedai runcit untuk setel hutang. Inilah disebut trade credit.  Fama macam mana? Kalau Fama jual tunai siapa pula akan kutip duit jualan tunai itu? Buku resit ada ke?

SOALAN CEPU MAS : Tahun 2022 keluaran padi negara kurang lebih 1.7 JUTA TAN METRIK. Hoi ya hoi Abang Mat, ke mana pergi 1.7 JUTA TAN METRIK PADI DAN BERAS KITA?

2. Bagi memenuhi bekalan beras impot kepada Sabah dan Sarawak pula Kerajaan akan bayar sabsidi RM950 bagi setiap tan metrik beras putih impot. Dengan ini beras putih impot akan dijual dengan harga RM31 bagi kampit 10 kg.

I say Abang Mat - bayar sabsidi RM950 setiap tan metrik itu kepada Tuan Syed kita ke? Saya pun Syed juga. 

Jadi taukeh monopoli kita akan jimat duit minyak untuk lori, jimat hantar lori, jimat gaji drebar lori, jimat segala.  

  • 1kg dia dapat sabsidi 95 sen (RM0.95)
  • 10kg dia dapat sabsidi RM9.50
  • 1 tan dia dapat sabsidi RM950
  • 1,000 tan dia dapat sabsidi RM950,000
  • 10,000 tan dia dapat sabsidi RM9,500,000

Bayar dengan duit kita. Duit rakyat. Eloklah tu. Rupanya lagi susah rakyat marhaen maka lagi kayalah taukeh monopoli.


3. Kontrak dengan Kerajaan - beras putih impot dijual dengan harga borong RM3200 satu tan metrik. Maksudnya RM32 bagi setiap kampit 10 kg.

Saya pun tak faham apa benda itu "kontrak dengan Kerajaan" pula? 

RM32 bagi setiap kampit 10 kg.
RM3200 bagi satu tan metrik harga pintu gudang.

Tak payah bayar sabsidi tapi bagi setiap tan metrik taukeh monopoly untung RM900 lebih berbanding harga Sabah dan Sarawak

(RM3,200 tolak RM3,100 harga Sabah/Swak = RM900).

Abang Mat apa benda itu "kontrak dengan Kerajaan" ??
 

4. Ops Sepadu  beras putih tempatan

Panggil Polis sekali? Nak jaga beras punya pasal? 

Hello Abang Mat, Polis bawa senjata api tak masa buat Ops Sepadu?  If the answer is YES panggil lah Army, Airforce dan Navy sekali. 

Army, Airforce dan Navy pun ada senjata api. Firepower Army lagi kuat. Army ada kereta kebal sekali.

Submarine kita di mana pula? Sudah lama saya tak tengok submarine.


BLOGGER OTAI MENYAMBUT KETIBAAN  
KD TUN ABDUL RAZAK DI LUMUT, JANUARI 2014
  
 
GAMBAR KD TUN ABDUL RAZAK DIRAKAM OLEH PENULIS JAN 2014
 
 
Pantun Jaga Beras Bagi Dato Sri Ayob Khan Mydin Pitchay
 
Itu beras jaga-jaga
Kalau lepas soru tak ada
Kena makan roti prata
BP naik, kolesterol juga
Itu beras jaga-jaga

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.