`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 26, 2023

2 lemas mandi sungai di Sabah

 

Dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Seorang remaja antara dua mangsa lemas di Sungai Kaiduan, Papar petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Hamsa Isnurdini berkata, Maxemanual Jurus, 18, dan Elvin Shane Surazal, 14, dipercayai lemas semasa mandi di sungai itu.

“Balai Bomba dan Penyelamat Papar menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.42 petang, sebelum bergerak ke lokasi kejadian sejauh 30km,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa diselamatkan orang awam dan diberi bantuan pernafasan (CPR), tetapi mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian.

Katanya, Komander Operasi, Rozlan Osman melaporkan pasukan EMRS serta pegawai perubatan turut memberi CPR, namun gagal diselamatkan dan mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.