`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 12, 2023

Ancaman binatang buas di Bagan Datuk, Perhilitan pasang perangkap

 

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata hasil siasatan pihaknya mengesyaki haiwan itu ialah anjing berdasarkan kesan tapak kaki. (Gambar Bernama)

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak memasang perangkap selepas laporan haiwan misteri disyaki binatang buas merosakkan tanaman penduduk di empat kampung di Bagan Datuk sejak dua minggu lalu.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff, berkata pihaknya memasang dua perangkap haiwan di sekitar Kampung Sungai Balai Darat sejak 10 Dis lalu.

Katanya, pemasangan perangkap itu sebagai langkah berjaga-jaga, selain penduduk dinasihatkan berhati-hati dalam mendepani ancaman binatang buas.

“Hasil siasatan kakitangan kami mengesyaki haiwan itu ialah anjing berdasarkan kesan tapak kaki, namun kita akan jalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Yusoff meminta orang ramai segera memaklumkan Perhilitan jika ternampak hidupan liar, termasuk beruang seperti didakwa penduduk dan jangan cuba bertindak sendiri.

Terdahulu, kehadiran haiwan misteri disyaki binatang buas dilapor merosakkan pokok pisang sejak dua minggu lalu dan mencetuskan kebimbangan penduduk.

Ia berdasarkan penemuan tapak kaki dan kesan cakaran haiwan pada puluhan tanaman pisang di kebun sekitar Kampung Sungai Lanchang, Kampung Sungai Nipah Darat, Kampung Pasang Api dan Kampung Sungai Balai Darat.

Kejadian itu disedari Sabtu lalu selepas beberapa pokok pisang di kebun penduduk di Lorong Limau Nipis, Kampung Sungai Balai Darat patah dan rosak seperti “dikerjakan” binatang buas.

Susulan itu, ada penduduk mendakwa ia seperti gangguan beruang berdasarkan kerosakan pokok pisang yang dipatahkan di bahagian tengahnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.