`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, December 14, 2023

Bekas pegawai Najib nafi gambar dengan wanita di bilik hotel

 


Bekas pegawai khas kepada Najib Razak, Zamil Ibrahim menafikan gambar dirinya bersama seorang wanita dalam keadaan mengaibkan di bilik hotel seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Dalam satu rakaman video, Zamil berkata dia telah membuat laporan polis mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda hari ini.

Menurut Zamil, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Asfanizam Abdullah telah menyiarkan gambar dirinya dalam keadaan hanya memakai boxer dan gambar seorang wanita di media sosial.

Jelasnya, ia merupakan gambar berasingan yang diambil di dua hotel berbeza oleh seorang individu bergelar ustaz.

"Saya nak maklumkan di sini, gambar di sebelah sini di ambil di Swiss Hotel, Kuala Lumpur dan gambar di sebelah sini bawah diambil di Berjaya Times Square apartment.

"Dua gambar ini saya nak nyatakan di sini, adalah gambar saya sendiri yang telah diambil secara curi oleh seorang penama," katanya.

Dua daripada gambar itu memaparkan Zamil hanya memakai boxer, manakala satu lagi gambar menunjukkan dia sedang berswafoto dengan seorang wanita.

Satu lagi gambar menunjukkan wanita berkenaan sedang menjamu selera dengan latar belakang seperti di dalam sebuah bilik hotel.

Untuk rekod, Zamil merupakan bekas Presiden Parti keadilan Insan Tanah Air (Kita) sebelum menyertai semula Umno pada 2018.

Dia sebelum itu juga pernah menyertai PKR.

Gambar dirakam ustaz secara curi

Menurut Zamil, gambar tersebut dirakam secara curi oleh individu bergelar ustaz tersebut, yang merupakan seorang penceramah kontroversi.

Katanya ustaz itu juga menduduki bilik berkenaan ketika gambar itu dirakam.

Malaysiakini tidak dapat menyiarkan nama individu itu buat masa ini.

"Saya sebut nama beliau sebab di kamera beliau di handphone beliau yang mengambil gambar saya secara curi ketika saya nak masuk ke bilik air. Saya beritahu pada beliau, delete gambar tersebut, tak baik.

"Dia cakap okey. Tiba-tiba semalam, masuk di Facebook orang ini (Asfanizam). Saya tak kenal orang ini.

“Yang ambil gambar saya orang ini (tunjuk gambar ustaz berkenaan), hampir setahun yang lalu. Saya ingin bertanya untuk apa kamu simpan gambar saya yang aurat saya terdedah?

"Kalau ada perempuan di sini (dalam bilik hotel), ada skandallah katakan di sini, bermakna ustaz juga ada dalam bilik ini.

“Persoalannya sekarang, skandal itu dengan siapa?" soalnya.

Zamil mendakwa gambar berkenaan adalah cubaan untuk mengaibkan dirinya selepas dia membuat laporan polis mendakwa ustaz berkenaan menggunakan gelaran 'dato' palsu.

"Saya tidak koyak, tapi kamu yang koyak sebab sebelum ini saya buat laporan polis terhadap kamu kerana kamu memiliki dato palsu dari Melaka.

"Kamu tipu orang ramai kata kamu dapat dato. Kamu ada simpan sikit dendam kesumat, hari ini kamu dedahkan gambar yang kamu ambil setahun yang lalu,” katanya.

Kata Zamil dia menyerahkan perkara itu untuk disiasat oleh polis di bawah mana-mana akta yang dirasakan sesuai kerana menyalahgunakan media sosial dan mengaibkan dirinya. - Mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.