`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 8, 2023

‘Gila talak’ pendapat peribadi Zahid, ramai ahli Umno suka kerjasama PAS, dakwa Nuridah

 

Ketua Wanita PAS Nuridah Salleh berkata pihaknya tidak terkesan dengan sindiran ‘gila talak’ oleh Zahid Hamidi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Wanita PAS Nuridah Salleh mendakwa ramai pemimpin dan ahli Umno ‘suka’ jika keduanya bekerjasama serta berbaik semula di sebalik ‘kegagalan perkahwinan Muafakat Nasional (MN)’ sebelum ini.

Nuridah berkata penolakan Presiden Umno Zahid Hamidi yang turut menyifatkan PAS gila talak hanya pendapat peribadi bukan suara isi hati ahli Umno secara keseluruhan.

“Presiden Umno (Zahid) ini bercakap mewakili dirinya sahaja, sebab beliau yang bermasalah.

“Hakikatnya ramai pimpinan dan ahli-ahli Umno suka bekerjasama dan berbaik-baik dengan PAS,” katanya kepada FMT sambil menegaskan mereka tidak terkesan dengan sindiran Zahid.

Kelmarin, Zahid membidas PAS yang disifatkan sebagai ‘gila talak’ kerana masih mahu kerjasama politik dengan parti itu, sambil memintanya “menoktahkan” mimpi bersama Umno.

Kenyataan itu menyusul laporan FMT memetik kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti itu tidak menolak kerjasama dengan Umno di sebalik sejarah “pahit” hubungan mereka.

Tuan Ibrahim mengulas kenyataan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil, Isnin lalu yang Ahmad Samsuri Mokhtar boleh menjadi perdana menteri jika Perikatan Nasional (PN) berjaya memujuk Umno bermuafakat semula sebelum PRU16, selepas menteri besar Terengganu menang PRK Kemaman.

Semalam, Isham dilaporkan dipecat daripada parti kerana kritikan lantang terhadap Zahid dan pimpinan susulan keputusan PRK Kemaman tidak memihak kepada Umno.

Selepas PRU14, Umno dan PAS menjalin kerjasama di bawah MN sebagai usaha penyatuan ummah ketika kedua-duanya dalam blok pembangkang.

Namun hubungannya tegang apabila PAS menyertai PN yang diterajui Bersatu sekali gus mahukan parti serpihan Umno itu turut menyertai MN. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.