`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 22, 2023

Imigresen nafi notis tular kenakan penalti terhadap pengendali pengangkutan awam

 

Notis palsu yang tersebar di media sosial berkata pengendali pengangkutan dan pemandu teksi akan berdepan hukuman kerana tidak mengesahkan dokumen pengenalan diri penumpang warga asing. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen menafikan bahawa pengendali pengangkutan awam akan dikenakan penalti kerana gagal mengesahkan dokumen pengenalan diri penumpang warga asing.

Dakwaan itu telah tersebar di media sosial. Bagaimanapun, Ketua Pengarah Imigresen, Ruslin Jusoh, berkata satu notis palsu daripada jabatan itu telah tular di media sosial.

Beliau menyebut mengenai bahasa yang digunakan dalam notis palsu itu dan berkata: “Jabatan Imigresen hanya mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Melayu, bukan bahasa Inggeris.”

Ruslin menjawab pertanyaan FMT mengenai notis itu, yang kononnya dikeluarkan oleh jabatan terbabit. Ia mendakwa pengusaha bas, kereta api, transit aliran ringan dan teksi akan didenda RM35,000 dan penjara 12 bulan jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen.

Seksyen itu berhubung kesalahan melindungi pendatang tanpa izin.

Gabungan pemandu teksi, yang bimbang dengan notis yang dikatakan itu, telah menuntut penjelasan. Tetapi Ruslin berkata bahawa pemandu teksi tidak perlu bimbang.

“Maklumat ini adalah palsu dan direka oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya kepada FMT, sambil menambah bahawa jabatan itu akan mengeluarkan kenyataan media rasmi pagi esok.

Akta imigresen itu menetapkan denda antara RM5,000 dan RM30,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya akan dikenakan bagi setiap Pati yang masuk. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.