`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 19, 2023

Lintasan landasan LRT, lelaki didenda RM300

 

Benard Chua, 20, didakwa menceroboh dengan melintas landasan di Platform Stesen LRT Pudu pada jam 6.47 petang, semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret kerana menceroboh dan melintas landasan Transit Aliran Ringan (LRT) Pudu, semalam.

Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu terhadap Benard Chua, 20, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di Platform Stesen LRT Pudu di sini pada 6.47 petang, 18 Dis.

Pertuduhan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh, namun Chua merayu hukuman ringan terhadapnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.