`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 11, 2023

Notis jabatan kerajaan: 'Jangan skandal dengan suami, isteri orang'

 


Beberapa jabatan dan agensi kerajaan mengeluarkan notis yang memberi peringatan kepada penjawat awam agar tidak menjalinkan hubungan sulit dengan kakitangan yang sudah berkahwin.

Notis itu dikeluarkan oleh unit integriti di pelbagai jabatan kerajaan, dengan beberapa daripadanya turut dikongsikan di media sosial baru-baru ini.

Antara yang berbuat demikian adalah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pertanian dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Notis itu menyatakan hubungan sulit yang menyebabkan masalah antara pasangan yang sudah berkahwin adalah satu kesalahan disiplin yang menjejaskan reputasi perkhidmatan awam.

Ia turut menyatakan bagi penjawat awam yang beragama Islam, ia adalah kesalahan syariah.

Sementara itu, notis oleh Jabatan Pertanian turut menyatakan tindakan memikat wanita yang sudah berkahwin merupakan kesalahan jenayah di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun tidak jelas sebab di sebalik notis-notis ini dikeluarkan. - Mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.