TAMPIN: Bilik Gerakan IPD Tampin menerima maklumat daripada orang awam berkenaan penemuan objek menyerupai bom lama di ladang Jelai, Gemas petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Tampin Amiruddien Sariman berkata bertindak atas maklumat itu, anggota Balai Polis Gemas bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati objek berkenaan merupakan bom sebesar tong gas, dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua.
“Anggota bertugas segera memasang tali garisan polis bagi memaklumkan lokasi terbabit sebagai kawasan larangan dan bahaya,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata Unit Pemusnah Bom IPK Negeri Sembilan dan IPD Tampin melaksanakan proses pemusnahan bom itu hari ini.
“Teknik pemusnahan bom secara ‘low order’ menggunakan ‘vulcan shaped charge’ yang menyebabkan bom akan meletup sehingga menjadi serpihan,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.