`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 3, 2023

Pahang perketat proses pajakan, pindah milik tanah

 

Proses pajakan dan pindah milik tanah rizab Melayu di Pahang diperketatkan bagi menjaga kepentingan dan pegangan, kata Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail. (Gambar Bernama)

KUANTAN: Kerajaan Pahang memperketatkan proses bagi pajakan, gadaian, pindah milik, dan pelupusan tanah rizab Melayu, kata Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.

Langkah itu bagi menjaga kepentingan dan pegangan tanah rizab Melayu di Pahang agar terus terpelihara, justeru semua permohonan bagi tujuan pajakan dan pemilikan perlu diangkat untuk pertimbangan serta kelulusan pihak berkuasa negeri.

Beliau berkata setakat ini jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang diwartakan berkeluasan 397,619.05 hektar di seluruh Pahang.

“Bagi memastikan keluasan kawasan tersebut dikekalkan, sebarang pembatalan ke atas rizab Melayu perlulah mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri dan penggantian kawasan baru akan dilaksanakan serentak.

“Selain daripada itu, bagi menambah jumlah keluasan tanah rizab Melayu, semua Projek Skim Tanah Rakyat (STR) turut diwartakan sebagai kawasan rizab Melayu,” katanya ketika berucap pada Seminar Memperkasa Ekonomi Bumiputera Pahang 2023 di Dewan Utama Majlis Bandaraya Kuantan.

Sementara itu, Wan Rosdy memaklumkan antara inisiatif yang dijalankan kerajaan negeri bagi meningkatkan pendapatan dan ekonomi golongan Bumiputera adalah melalui pelaksanaan STR dengan projek ekonomi yang dijalankan berasaskan pertanian.

Menerusi pelaksanaan STR, kerajaan negeri juga dapat memberi peluang kepada rakyat terutama Bumiputera yang masih belum mempunyai tanah untuk memiliki aset dan sekali gus dapat dibangunkan secara ekonomik. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.