`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 13, 2023

PBS, STAR dijangka meterai memorandum kerjasama sebelum Tahun Baharu Cina

 

Setiausaha Agung PBS Julita Majunki dan Setiausaha Agung STAR Edward Linggu berkata, jalinan persefahaman antara kedua-dua parti perlu diperkukuh kerana terdapat tanda-tanda PRN Sabah diawalkan.

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dijangka akan menandatangani memorandum kerjasama antara lainnya bagi memperkukuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dalam menghadapi PRN Sabah Ke-17 sebelum Tahun Baharu Cina tahun depan.

Dalam kenyataan bersama hari ini, Setiausaha Agung PBS Julita Majunki dan Setiausaha Agung STAR Edward Linggu berkata, bagi tujuan itu, jawatankuasa khas yang dipertanggungjawab merangka skop kerjasama itu telah bermesyuarat buat kali pertama hari ini.

“Perbincangan mesyuarat itu juga tertumpu kepada merumuskan butiran kerjasama, bagaimana kedua-dua parti boleh menyumbang kepada matlamat untuk perkukuhkan GRS,” menurut kenyataan itu.

“Meskipun tempoh kerajaan negeri sekarang berakhir Oktober 2025, namun jalinan persefahaman antara dua parti itu perlu diperkukuh, kerana terdapat tanda-tanda PRN Ke-17 diawalkan ke 2024.”

Sebelum ini, Ketua Menteri Hajiji Noor dilaporkan tidak menolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan, walaupun tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri sekarang pada Oktober 2025.

GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), PBS, STAR, Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.