`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, December 21, 2023

Pekerja p-panggilan didakwa edar 112kg dadah

 

Tertuduh, D Dkrishna Roa, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat lebih 112kg. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pekerja p-panggilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat lebih 112kg di sebuah tokong, 9 Dis lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, D Dkrishna Roa, 31, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali, Utusan Malaysia.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 112.482 kg di Hock Siew Keng Temple, Jalan Tuanku Antah pada 8.55 malam, 9 Dis lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya P Pushpa manakala tertuduh diwakili peguam A Partheeban.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh dan menetapkan 21 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.