`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, December 27, 2023

Peserta piket ikrar teruskan ‘kepung’ Kedutaan AS walau berdepan tangkapan

 

Sekretariat Solidariti Palestin menuntut ‘hak untuk berhimpun secara aman’ dan membantah sokongan AS kepada Israel.

PETALING JAYA: Peserta piket berikrar untuk meneruskan “kepungan” Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara, walaupun berdepan tangkapan.

Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) berkata ia meminta pihak berkuasa mengizinkan ia menunjuk perasaan di jalan di hadapan kedutaan tetapi permintaannya ditolak.

“Kami akan meneruskan piket seperti dirancang dan mengundang semua orang untuk menyertai kami serta menunjukkan solidariti bersama saudara Islam, Kristian, dan Yahudi,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, beberapa NGO dan parti politik berhimpun di Kuala Lumpur untuk “Kepung Demi Palestin” yang dicadangkan berlaku selama enam hari.

Tunjuk perasaan anjuran SSP itu menyaksikan lebih 100 orang berarak dari Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke Kedutaan AS.

Polis bagaimanapun menghentikan ‘kepungan’ itu, kerana ia mahu memastikan ketenteraman awam dan keselamatan perwakilan asing.

SSP juga memaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini meminta peserta piket membuka khemah mereka pada 3 pagi, dan membenarkan mereka memasang khemah pada 7.30 pagi apabila hujan turun.

SSP berkata ia menuntut “hak untuk berhimpun secara aman dan membantah sokongan berterusan AS kepada Israel.”

“Genosid sistemik ini sudah berlarutan selama 75 tahun. Sudah tiba masanya kita beritahu AS bahawa rakyat Malaysia sudah jelak, dan kita tidak akan berdiam diri melihat pembunuhan beramai-ramai.”

Tunjuk perasaan ini menyusul keengganan AS menyegerakan pengakhiran pada pertempuran di Palestin.

AS menggunakan kuasa veto untuk menolak draf resolusi di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menyeru gencatan senjata di Gaza awal bulan ini, dan minggu lepas mengancam untuk menolak satu lagi draf resolusi.

Ini memaksa majlis itu meminda bahasa yang ia gunakan dalam resolusi itu, kepada menyeru “tindakan segera” menyalurkan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza.

AS kemudian bersetuju untuk tidak menolak resolusi yang dipinda itu dan tidak mengundi usul tersebut. Resolusi itu diluluskan pada Jumaat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.