`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 24, 2023

Polis nafi sebar mesej penipuan ‘Sim Swap’

 

Polis ingatkan pengguna telefon agar tidak menekan pautan meragukan dan tidak menuruti arahan diterima individu tidak dikenali.

KUALA LUMPUR: Polis nafi membuat sebaran mesej menerusi media sosial mengenai kewujudan modus operandi baharu penipuan, dinamakan ‘Sim Swap’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pihaknya mengesan sebaran mesej itu melalui aplikasi WhatsApp serta Facebook dan didakwa mesej tersebut daripada ‘JSJ Komersial PDRM’.

“Adalah dimaklumkan informasi tersebut palsu. Jabatan ini tidak pernah membuat sebaran mesej sedemikian malah tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan modus operandi tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Menurut mesej berkenaan, mangsa akan menerima panggilan dan diminta menekan butang 1 sebelum telefon digodam serta diambil alih penjenayah bagi memindahkan semua wang mangsa ke akaun lain.

Ramli mengingatkan pengguna telefon agar tidak menekan mana-mana pautan meragukan dan tidak menuruti sebarang arahan diterima melalui individu tidak dikenali.

Beliau berkata semua nasihat dan pesanan awam yang dikeluarkan oleh JSJK adalah melalui saluran media cetak dan elektronik rasmi seperti berita televisyen dan akhbar, selain secara dalam talian menerusi portal rasmi polis dan JSJK.

Ramli menasihatkan orang ramai berhenti menyebarkan maklumat itu bagi mengelak kegusaran awam.

Sebarang pertanyaan atau pengesahan berkaitan kewujudan modus operandi baharu penipuan boleh menghubungi balai polis berhampiran atau mengemukakan pertanyaan kepada CCID Infoline melalui talian 013-2111222. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.