`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 26, 2023

Sabah kembali dilanda banjir

 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan di satu atau dua tempat di Sabah, esok. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sabah kembali dilanda banjir selepas hampir seminggu pulih daripada bencana itu dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini, melibatkan daerah Paitan dan Sandakan susulan hujan lebat berterusan sepanjang hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan enam mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol di Paitan manakala 142 mangsa daripada 36 keluarga berlindung di Masjid Nur Iman di Sandakan.

“Lima kampung terjejas akibat bencana banjir di Paitan manakala satu kampung terjejas di Sandakan. Bilangan mangsa dijangka meningkat dan pemantauan sedang dilakukan terhadap situasi banjir di kawasan terjejas,” katanya menurut laporan Bernama.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan di satu atau dua tempat di Sabah, esok.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Kelantan dan Terengganu merekodkan peningkatan malam ini manakala bilangan mangsa di Pahang berkurangan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.