`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 24, 2023

Tewas pemilihan dijangka, 3 tahun menyepi, kata Mazlan

 

Mazlan Aliman sebelum ini mengumumkan akan kembali bergiat aktif dalam politik. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mazlan Aliman akui tidak meletak harapan tinggi untuk terpilih sebagai salah seorang daripada 27 kepimpinan tertinggi Amanah.

Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan itu akui sudah hampir tiga tahun dirinya tidak bergiat aktif dalam politik, kerana memilih untuk bergerak melalui pertubuhan bukan kerajaan.

“Saya tak letak harapan tinggi boleh menang. Saya terlibat NGO dekat tiga tahun jadi aktiviti politik kurang.

“Bila keputusan diumumkan memang jangkaan saya macam itu,” katanya kepada FMT.

Beliau sebelum ini mengumumkan akan kembali bergiat aktif dan menerima pencalonan untuk AJK pimpinan nasional Amanah, pada pemilihan yang berlangsung hari ini.

Mazlan menegaskan hasrat untuk kembali bergiat dalam politik tidak terbantut semata-mata tewas dalam pemilihan.

“Aktif dalam kancah politik untuk isu seperti Felda dan luar bandar tetap menjadi komitmen saya.

“Untuk gunakan saluran apa macam-macam ada. Itu bukan satu masalah bagi saya,” katanya.

Pemilihan jawatankuasa pimpinan nasional Amanah kali ini menyaksikan seramai 98 calon merebut 27 kerusi yang dipertandingkan, dengan seramai 1,003 perwakilan mengundi.

Pemilihan menyaksikan Mohamad Sabu kekal sebagai presiden Amanah, manakala Mujahid Yusof Rawa dilantik sebagai timbalan presiden.

Tiga naib presiden adalah Dzulkefly Ahmad, Siti Mariah Mahmud, dan Adly Zahari. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.