`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, December 21, 2023

Tipu bida, Mindef serah dokumen tender 7 syarikat kepada MyCC

 

Dokumen berkaitan empat tender perolehan berkenaan diserahkan kepada MyCC untuk tindakan lanjut, menurut Mindef.

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan (Mindef) menyerahkan dokumen berkaitan empat tender perolehan membabitkan tujuh syarikat yang terlibat dalam kegiatan menipu bida kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk tindakan lanjut.

Mindef dalam kenyataan memaklumkan semua perolehan itu membabitkan empat tender pembekalan barangan dan perkhidmatan yang dianggarkan bernilai RM20.8 juta pada 2016 dan 2020.

“Kesemua perolehan terlibat dalam siasatan ini dilaksanakan secara tender terbuka dan sebut harga mengikut tatacara perolehan ditetapkan Kementerian Kewangan dan semua dokumen berkenaan dikemukakan kepada MyCC setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada Bahagian Undang-Undang Mindef,” menurut laporan Bernama.

Kenyataan itu menyebut berdasarkan rekod, empat syarikat disenaraikan terlibat dalam perolehan pembekalan barangan runcit dan perkhidmatan penyelenggaraan yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka.

“Tiga lagi syarikat terlibat dalam perolehan yang dilaksanakan melalui sebut harga dibuat oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Mindef,” katanya.

Mindef memaklumkan ia komited dalam memastikan semua proses perolehan dilaksanakan secara telus dan mematuhi ketetapan pekeliling perbendaharaan yang berkuat kuasa dalam mencegah elemen ketirisan serta akan memberikan kerjasama dalam membantu proses siasatan lanjut oleh MyCC. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.