`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, December 20, 2023

Tular harga sotong manis RM50, KPDN periksa restoran

 

Seorang pengguna Facebook meluahkan rasa tidak puas hati selepas dikenakan bayaran RM50 untuk seekor sotong manis ketika menjamu selera di sebuah restoran di Kota Kinabalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah memeriksa sebuah restoran di Kota Kinabalu yang tular di media sosial didakwa mengenakan caj RM50 untuk seekor sotong manis.

Timbalan Pengarah KPDN Sabah, Zulfamy Mat Udi berkata, dalam pemeriksaan itu pihaknya turut memeriksa tanda harga makanan di restoran berkenaan, lapor Sinar Harian.

“Sebagai tindakan lanjut, premis telah dikenakan tindakan dan disiasat di bawah kesalahan Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana meletakkan harga mengelirukan serta tidak jelas,” katanya.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan, premis tersebut ada menunjukkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual tetapi mengelirukan.

“KPDN menasihatkan pemilik premis supaya memaklumkan harga dengan lebih jelas dari segi saiz sotong manis tersebut,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook meluahkan rasa tidak puas hati selepas dikenakan bayaran RM50 untuk seekor sotong manis ketika menjamu selera di sebuah restoran di Kota Kinabalu.

Pengguna itu juga turut memuatnaik gambar sepinggan nasi bersama sotong manis dan sayur bersama resit bayaran yang berjumlah RM75.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang terkejut dengan harga sotong berkenaan dan ramai yang berpendapat caj yang dikenakan itu sebagai melampau. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.