`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 21, 2024

Hati-hati penipu menyamar rakan di aplikasi sosial

 

Sindiket penipuan didapati menggodam akaun Telegram atau WhatsApp mangsa dan menghubungi rakan-rakannya untuk meminjam wang. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Sebanyak 494 kes penipuan penyamaran sebagai rakan atau kenalan melibatkan kerugian RM2.5 juta dikesan sepanjang tahun lepas, menurut polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam tempoh 1 Jan hingga semalam, sebanyak 50 kes dilaporkan melibatkan kerugian RM238,732.

Ramli berkata, pihaknya mengesan penipu menyamar sebagai rakan atau kenalan di aplikasi media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Facebook dan sebagainya.

Antara modus operandi digunakan penjenayah ini termasuk meminjam wang, tambahnya.

“Berdasarkan siasatan, sindiket ini didapati melakukan penggodaman terhadap akaun Telegram/ WhatsApp milik mangsa dan menghubungi rakan-rakan mangsa untuk meminjam wang,” katanya, lapor Bernama.

Menurutnya, pemilik sebenar akaun hanya menyedari perkara itu apabila mereka tidak dapat mengakses atau menerima panggilan daripada kenalan mereka berkaitan kesahihan pinjaman wang tersebut.

Ramli menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya kepada mesej mahu meminjam wang yang diterima daripada kenalan, terutamanya apabila akaun bank terlibat milik individu lain.

“Apapun alasan mereka, lakukan semakan dengan menghubungi kenalan berkenaan bagi tujuan pengesahan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan nasihat atau maklumat lanjut dengan menghubungi balai polis berhampiran atau mengemukakan pertanyaan menerusi CCID Infoline di talian 013-2111222. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.