`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 8, 2024

Johor tangguh peperiksaan sekolah agama bagi sekolah terjejas banjir, jadi PPS

 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 3,744 orang pada 10 malam tadi berbanding 3,322 orang sejam sebelumnya. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Peperiksaan penggal kedua Tahap 1 dan 2 sekolah agama kerajaan Johor ditangguhkan bagi sekolah terjejas banjir atau dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata peperiksaan itu yang bermula 3 Jan lalu dijadualkan berlangsung hingga 18 Jan ini.

“Bagaimanapun berikutan bencana banjir, sekolah yang terlibat sama ada mengalami banjir atau dibuka sebagai PPS, peperiksaan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan Ibu Pejabat Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Johor,” katanya menurut Bernama malam tadi.

Setakat 10 malam tadi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 3,744 orang berbanding 3,322 orang pada 9 malam.

Sebanyak 45 PPS dibuka di enam daerah terjejas, dengan Kota Tinggi mencatatkan jumlah paling ramai, iaitu 1,871 orang daripada 492 keluarga. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.