`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, January 17, 2024

Tak perlu sentuh lagi kerjasama DAP, veteran Umno diberitahu

 

Rozi Mamat yang menggantikan Ahmad Said sebagai ketua Umno Terengganu serta empat penasihat akan berusaha mengembalikan sokongan rakyat kepada parti itu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Umno Terengganu menyifatkan cadangan bekas pemimpinnya Abdul Rahman Bakar supaya parti itu memutuskan kerjasama dengan DAP jika mahu menawan semula negeri itu, sekadar pendapat peribadinya.

Timbalan Ketuanya Nik Dir Nik Wan Ku berkata ketika ini pendiriannya masih sama dengan Umno pusat yang menjalinkan kerjasama DAP susulan penubuhan kerajaan perpaduan pasca PRU15.

“Kita boleh cadang sahaja (kaji balik kerjasama dengan DAP) tapi akhirnya pusat putuskan kita kena akur.

“Kita tak perlu sentuh lagi soal kerjasama dengan DAP sebab pucuk pimpinan sudah buat keputusan, apa dibangkitkan Rahman itu cadangan peribadi sahaja…tiada masalah nak cadang apa pun,” katanya kepada FMT.

Semalam, Rahman yang diberi jolokan “Giant Killer” kerana mengalahkan Presiden PAS Hadi Awang pada PRU 1986 dan 2004 berkata, Umno perlu mengkaji kerjasama dengan DAP jika serius mahu menawan semula Terengganu, bukan sekadar melantik empat penasihat.

Menurutnya, keputusan melantik tiga bekas menteri besar dan seorang bekas panglima tentera sebagai penasihat Umno Terengganu belum memadai merampas pentadbiran daripada PAS pada PRU depan.

Tiga bekas menteri besar-Idris Jusoh, Ahmad Said dan Ahmad Razif Abd Rahman serta bekas calon BN yang kalah PRK Kemaman 2 Dis lalu, Raja Mohamed Affandi dilantik penasihat Umno Terengganu berkuat kuasa minggu lalu.

Nik Dir berkata, Ketua Umno Terengganu Rozi Mamat bersama empat penasihat terbabit akan mencari jalan untuk meyakinkan orang Melayu kembali menyokong Umno.

“Kita sedang mencari jalan meyakinkan rakyat selepas kita kerjasama dengan DAP. Begitu juga MKT (Majlis Kerja Tertinggi),” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.