`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, May 20, 2025

Taktik guna van sekolah angkut minuman keras tanpa cukai gagal

 Komander PPM Wilayah Satu Rusley Chi Ari berkata pelbagai jenama minuman keras tak bercukai dengan nilai keseluruhan RM47,553.97 termasuk cukai dirampas.

Seorang lelaki ditahan ketika memindahkan minuman keras tanpa cukai dari lori ke dalam van sekolah di Taman Sri Gadong semalam. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
 Seorang lelaki ditahan ketika memindahkan minuman keras tanpa cukai ke dalam van sekolah di Taman Sri Gadong, Klang, semalam untuk diedarkan di sekitar daerah itu.

Pelbagai jenama minuman keras tidak bercukai dengan nilai keseluruhan RM47,553.97 termasuk cukai dirampas Unit Risikan Marin Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dalam serbuan 12 tengah hari.

Komander PPM Wilayah Satu, Rusley Chi Ari, berkata ketika serbuan, lelaki 26 tahun itu sedang memindahkan minuman keras berkenaan dari sebuah lori ke dalam van sekolah.

Beliau berkata, suspek ketika disoal siasat mengaku terbabit aktiviti pengedaran minuman keras tanpa cukai di sekitar Klang.

Menurutnya, kenderaan disita bernilai RM70,000 dengan keseluruhan rampasan berjumlah RM117,553.97.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967, Seksyen 74 Akta Eksais 1976 dan Akta Jabatan Pengangkutan 1987,” katanya menurut Harian Metro. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.