`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, January 21, 2026

NS sedia kemuka semula usul had tempoh jawatan MB

Usul sama gagal peroleh sokongan 2/3 Adun apabila diusulkan pada Disember 2021.

Usul pinda undang-undang tubuh bagi mengehadkan tempoh jawatan menteri besar pernah dibawa ke DUN Negeri Sembilan pada 2021. (Gambar Bernama)
SEREMBAN:
 Kerajaan Negeri Sembilan bersedia mengemukakan semula usul bagi mengehadkan tempoh jawatan menteri besar kepada dua penggal, selaras rang undang-undang (RUU) had tempoh jawatan perdana menteri yang bakal dibentangkan di Parlimen.

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 bagi Perkara 38 berkaitan langkah mengehadkan tempoh jawatan menteri besar kepada dua penggal pernah diusulkan namun tidak diluluskan kerana gagal memperoleh sokongan 2/3 Adun pada awal Disember 2021.

“Kita boleh bawa RUU itu semula ke sidang DUN akan datang… saya tiada masalah… sebelum ini ditolak kerana tidak cukup undi disebabkan tidak mendapat sokongan Adun,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Negeri.

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan mengenai pembentangan RUU had tempoh jawatan Perdana Menteri itu ketika menyampaikan perutusan tahun baharu 2026 pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, awal bulan ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.