Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam kenyataan berkata tindakan itu susulan dakwaan penipuan haji pada musim haji tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan hukuman yang berkuat kuasa dari 7 Okt lalu hingga 8 Jan 2026 itu dikenakan selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Menurutnya, syarikat terbabit telah mengendalikan perkhidmatan pakej haji tanpa lesen yang sah dan melanggar akta berkenaan.
“Perbuatan ini adalah suatu pelanggaran kepada undang-undang bertulis lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 8(1)(b) Akta 482).
“Motac memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat,” kata kenyataan itu.
Sebelum ini, dilaporkan lebih 250 jemaah haji terpaksa menetap di beberapa unit apartmen selama 25 hari di lokasi berbeza, termasuk sebuah bilik yang menempatkan lebih 20 individu berlainan jantina, susulan penipuan haji yang mengaitkan syarikat terbabit.
Selain itu, makanan turut dicatu, bekalan elektrik dipotong, manakala ubat-ubatan untuk jemaah yang menghadapi masalah kesihatan juga tidak dibekalkan.
Difahamkan, visa yang digunakan adalah visa pelancong dan bukannya visa Mujamalah seperti dijanjikan, manakala tiket penerbangan pulang pula hanya bersifat ‘dummy’ bagi mengelirukan peserta. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.