`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Monday, May 18, 2026

Suspek tikam leher wanita dalam kereta direman 7 hari

 Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Alor Setar bagi bantu siasatan ikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Mahkamah Majistret Alor Setar membenarkan perintah reman tujuh hari terhadap suspek kes tikam seorang wanita dalam sebuah kereta di hadapan sebuah restoran di Titi Gajah, Kepala Batas malam tadi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki yang disyaki menikam seorang wanita di leher hingga parah dalam kereta di hadapan sebuah restoran di Titi Gajah, Kepala Batas malam tadi direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman sehingga 24 Mei itu dikeluarkan Majistret Noor Shifa Mohd Hamzah di Mahkamah Majistret Alor Setar, lapor Harian Metro.

Sementara itu, Ketua Polis Kota Setar Syed Basri Syed Ali berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan di kawasan masjid di Taman Uda, Lebuhraya Sultanah Bahiyah pada 1.50 pagi tadi.

Beliau berkata, penahanan suspek itu dilakukan kira-kira lima jam selepas kejadian pada 9.19 malam tadi.

Terdahulu, polis menahan seorang lelaki yang melarikan diri selepas dipercayai terlibat dalam kejadian seorang wanita yang parah ditikam di leher dalam sebuah kereta .Mangsa yang berusia 32 tahun yang cedera parah akibat ditikam senjata tajam di leher kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Syed Basri berkata motif atau punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.