`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Tuesday, November 24, 2026

4 sekolah di Terengganu terjejas bah, 2 tempatkan calon SPM

 Pelajar Tingkatan 5 yang berada di asrama ditempatkan di tingkat dua.

banjir terengganu
Empat sekolah di Terengganu mula terjejas banjir susulan hujan berterusan sejak petang semalam, kata Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Empat sekolah di Terengganu terjejas banjir susulan hujan berterusan sejak petang semalam, termasuk dua sekolah menempatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di asrama.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Perancangan dan Pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shamsuddin Md Yusof, berkata sekolah terjejas di Kuala Nerus ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Abbas dan Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT), masing-masing menempatkan calon SPM.

Beliau berkata, dua lagi sekolah terkesan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bukit Chendering dan SK Gelugor di Kuala Terengganu.

“Setakat ini situasi di SMKA Dato’ Haji Abbas dan SSMT, tiada bangunan dinaiki air kecuali kawasan rendah di sekitar kawasan sekolah. Hanya pelajar Tingkatan Lima yang menduduki SPM berada di asrama dan mereka tinggal di tingkat kedua blok asrama.

“Bagi pelajar lain pula, penjaga masing-masing telah dimaklumkan untuk membawa mereka pulang ke rumah. Difahamkan, keadaan air bertakung di kawasan sekolah berpunca daripada longkang yang dipenuhi air dan dijangka surut sekiranya hujan reda,” katanya menurut Bernama.

Katanya, SMKA Dato’ Haji Abbas mempunyai 176 calon SPM, manakala terdapat 26 calon di SSMT.

Beliau berkata, sekolah terjejas telah diarah ditutup sementara, manakala murid dan pelajar diarahkan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh tersebut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.