Friday, August 8, 2014
Peserta Bogel Ini Sedang Diburu Polis
Balik Pulau: Polis menahan seorang wanita berusia 34 tahun yang juga peserta Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang 2014 bagi membantu siasatan.
Wanita terbabit yang dikenali sebagai Ellen dan bekerja sebagai guru muzik ditahan kira-kira jam 10 malam tadi di kawasan Bayan Baru.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, wanita terbabit dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.
Menurutnya, polis juga sudah mengenal pasti penganjur dari Malaysia iaitu Chew Tok Hwa, 57, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.
"Hasil siasatan mendapati wanita itu adalah bekas guru yang mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah swasta di negeri ini.
"Kita sedang menjejaki wanita terbabit dan seorang lagi lelaki iaitu penganjur dari Singapura, Albert Yam," katanya pada sidang media di pejabatnya, sebentar tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.