`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 3, 2023

Bayi 40 hari dihempas, budak 3 tahun dicampak dari tingkat satu

 

Polis mengesahkan kejadian disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh.

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak tiga tahun patah kaki kiri dan cedera di mulut selepas dicampak dari tingkat satu pangsapuri oleh bapa saudaranya di Sungai Pinang, Georgetown, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.40 petang itu, adik perempuannya yang berusia 40 hari turut mengalami pendarahan di kepala akibat dihempas ke lantai dan mereka kini dirawat di hospital, menurut Berita Harian.

Suspek berusia 29 tahun itu dikatakan sempat mengelar pergelangan tangannya sebelum mencederakan dua mangsa terbabit.

Difahamkan kejadian berlaku di rumah nenek dua beradik itu berikutan ibu mereka masih dalam tempoh berpantang.

Menurut salah seorang ahli keluarga yang mahu dikenali sebagai Taiyoob, 31, dia terdengar jeritan ibunya meminta pertolongan sebelum mendapati suspek berada dalam keadaan berlumuran darah.

Sementara itu, Ketua Polis Timur Laut Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.