`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 30, 2023

Memalukan, kata pemimpin Warisan selepas ‘KKIA bergelap’

 

Junz Wong berkongsi gambar situasi di KKIA yang bergelap malam tadi.

PETALING JAYA: Naib Presiden Warisan Junz Wonz mempersoalkan kejadian memalukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) “bergelap” malam tadi akibat gangguan bekalan elektrik.

Menerusi Facebooknya, Adun Tanjung Aru itu berkongsi gambar situasi di pintu masuk utama pengangkutan udara ke Sabah itu yang didakwa dihantar rakannya yang baru mendarat di KKIA.

Junz berkata rakannya itu secara sinis menyukai keadaan di lapangan terbang itu yang disifatkannya “sangat romantik”

“Malu betul bro,” kata Junz.

FMT telah mendapatkan maklum balas daripada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berhubung perkara itu.

KKIA pernah berdepan masalah gangguan elektrik terburuk pada 2012, menyebabkan sebanyak 51 penerbangan terpaksa dilencongkan, ditunda atau dibatalkan selama dua malam, menjejaskan kira-kira 6,000 penumpang.

Keadaan itu kembali pulih selepas pengendali lapangan terbang itu memasang kabel baharu dan pencahayaan serta alat sokongan bekalan kuasa elektrik mudah alih.

Kerajaan pusat terpaksa memohon maaf kepada penumpang yang terkandas akibat gangguan bekalan elektrik itu, manakala kerajaan Sabah menggesa pengendalinya mengambil langkah proaktif.

Awal bulan ini, Qhazanah Sabah Bhd (QSB), cabang pelaburan strategik kerajaan Sabah berkata pembinaan lapangan terbang baharu Sabah di Kimanis akan mengambil masa tiga hingga lima tahun sebaik kerajaan negeri meluluskan pemindahan semula KKIA.

Syarikat itu menjangkakan proses berkenaan bakal dimulakan pada 2030. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.